Thursday, 7 May 2015

No more love one

Hai dan Assalamualaikum

Masih ingat lagi kejadian kemalangan raya di Duke hari tu? Okay aku bukan nak cerita pasal menda tu.Tapi ada berkait rapat gak la berkenaan dengan tu.Dieorg pergi buat selamanya dan meninggalkan 2 puteri yang cukup cantik dan comel.Sekarang ni mungkin beratur rakyat Malaysia yang akan membantu.Contoh nya bagi sumbangan wang,kegembiraan dan lain lain.

Tapi kalau nak ikutkan,perjalanan 2 beradik ni masih jauh.Bahkan sijil upsr pun belum ada.Pernah terfikir tak apa perasaan mereka ketika hendak mengambil peperiksaan tanpa ibu dan ayah di sisi yang selalu memberi sokongan? Mesti kita tak mampu kan? Mesti kita akan sedih.

Tu tak termasuk lagi waktu raya,waktu cuti.Kawan kawan dekat sekolah mesti akan bercerita waktu cuti dieorang pegi mana.Macam 2 beradik ni apa dia nak cerita? Ya mungkin si penjaga akan bawa mereka bercuti.Tapi adakah sama seperti ibu dan ayah mereka bawak? Tak kan? Mesti berbeza perasaan tu kan?

Okay cane pulak bila mereka akan menamatkan zaman bujang mereka? Mesti perlukan wali kan? Lagi lagi budak berdua tu perempuan.sedih tak kalau wali kita bukan ayah kita?

Semua orang kesian dekat anak yatim.aku tahu tu.Tapi tak selamanya orang akan kesian.Kasih sayang mak ayah terhadap anak mereka berbeza dengan kasih sayang orang lain walaupun dia sebaik baik malaikat.Andai kata satu hari nanti budak berdua ni ada masalah.Awak rasa adakah si penjaga akan menerima keburukan budak berdua ni dengan hati yang terbuka? Belum tentu ada yang mampu.tapi kalau mak ayah yang jaga,mereka akan terima apa saja keburukan anak mereka dan tak sanggup nak tengok anak mereka terbiar macam tu.Tapi kalau orang lain yang jaga sujudlah dekat kaki diaorang berpuluh kali sekalipun belum tentu kita akan dimaafkan.

aku pernah rasa semua tu.aku cuma kehilangan seorang ibu di awal usia.Tapi alhamdulillah masih mempunyai seorang ayah.Itu pun orang masih lagi belum respect aku sepenuhnya hingga aku jumpa dengan ibu yang kedua.Sebelum tu,macam macam orang cakap pasal aku. Ada yang cadangkan supaya tak perlu jaga aku.bagi je dekat orang lain.Kalau nak ikutkan maunya aku bagi kaki.Tapi aku tak lah seteruk tu.dan Ayah aku tak ajar aku buat cam tu.Tapi sekarang kenapa lain? Maksudnya orang menilau kita dari segi pernampilan bukan kemampuan. Nak tunggu budak 2 beradik tu dewasa,agak lama.Jadi apa yang perlu dijaga adalah marwah budak tu.Bukan nya diberi wang sampai tinggi menggunung.

Budak tu perlukan pembelaan.Maksud aku bukan ketika ini.Tapi satu hari nanti.Aku rasa ada ramai lagi yang yatim piatu yang mungkin tak keluar akhbar.Jadi dieorang tau apa perasaan nya walaupun ada berpuluh saudara tapi nak jumpa yang betul2 sesuai sangat susah.

Jadi apa yang aku nak pesan,korang hidup dekat bumi Allah ni tanpa kasih sayang,sokongan ibu bapa sangat perit.So aku nak cakap pandai pandai la korang survise untuk hidup.Mase ni orang mungkin akan kesian dan tak sanggup nak tengok.Tapi akan datang kita mana tau.Mungkin orang akan benci.and cakap "budak takde mak ayah mmg mcm tu" sedangkan sebelum ni kau bukan main nak bela nasib budak tu.So macam aku cakap tadi.Menda ni bergantung kepada si penjaga nak mendidiknya macam mana.Sebab budak berdua tu masih lagi kecik dan tak tau mana hala tuju bahkan mungkin tidak faham akan apa yang berlaku.Yang mereka tau cuma satu kerinduan yang amat tetapi tidak dibalas dengan pelukan orang tersebut.

Kalau nanti kita meningkat remaja kita selalu nya mesti akan ada 'crush' la or 'secret admirer' biasanya menda menda cam tu kita shared dengan mak kita.Tapi kalau mak takde,kita nak shared dengan sape? Haa tu yang sedih tu.

Kalau nak cakap pasal ni memang sedih.Tapi mungkin Allah dah tentukan mana yang baik mana yang buruk.Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni yang mereka masih lagi tak nampak.Tapi satu hari nanti mereka akan nampak walaupun bukan dengan mata kepala sendiri.Pandai pandai la menentukan hala tuju kehidupan masing masing.Kalau rasa nak mak ayah hidup bahagia di Alam sana buatlah apa yang terbaik di sisi Allah.In shaa Allah mak ayah kau akan doakan kejayaan kau dunia akhirat di sana.Aku tahu kerinduan yang ada pada kau tu takkan pernah padam,tapi bersabarlah sebab Allah akan sentiasa berikan yang terbaik kepada anak anak yatim piatu.Semoga kau tabah,kuat dan berani untuk hadapi ujian seterusnya.Kita hanya manusia yang mampu merancang dan berusaha tapi yang menentukan Allah.

Kepada yang masih mempunyai kedua dua ibu bapa.Hargailah mereka selagi mereka masih bernafas.Sebab mak ayah cuma ada satu dekat dunia ni.Kalau suami/isteri mati kita boleh cari yang lain.Tapi kalau mak ayah,kau cari la sampai hujung dunia sekalipun takkan sama dengan kasih sayang mak ayah kandung.Setakat buat salah sikit sikit tu adatlah sebab kita ni manusia.tapi kalau boleh jangan la sampai kau buat menangis dieorang sedangkan masa tu kau dah meningkat dewasa.Aku harap korang faham.

Sekian,

No comments:

Post a Comment