Monday, 4 May 2015

Masa depan

Hello,assalamualaikum!

Apa khabar? Cuti ni apa aktiviti you all?
Aku macam biasa balik Temerloh sebab ada kenduri kat sana.Okay berkenaan tajuk hari ni,aku nak cakap pasal masa depan.Masa depan siapa? Aku atau orang lain? Untuk hari ni aku nak cakap pasal masa depan aku.

Semua orang ada cita cita masing masing.termasuk lah aku.Setiap orang mempunyai impian yang berbeza.Macam aku,aku suka jadi seorang business woman.Walaupun sekarang ni mungkin tak nampak jalan.tapi in shaa Allah aku akan usaha sebaik mungkin untuk capai cita cita aku.

Bukan aku dah bosan dengan kehidupan sekrang.cuma pada aku zaman sekarang ni kalau kita tak de duit orang takkan pandang.dan orang boleh ludah ke kita bila bila masa saja.Mak ayah aku bukan dari keluarga yang senang.Nak dapatkan duit tak semudah ABC.Bila dah dapat ada saja yang nak dibayarnya.Jadi tak de lebihan yang boleh digunakan untuk bercuti.Aku faham sangat situasi diaorang.sebab tu aku tak banyak mintak.kadangkadang kalau nak mintak duit bayar yuran sekolah rasa tak sanggup.tapi takkan aku nak kerja cari sendiri pulak kan.Boleh tu boleh.cuma aku rasa ayah aku masih mampu usaha untuk dapatkannya.

Kalau aku nak kan sesuatu barang aku fikir sepuluh kali.Nak beli kena pakai duit sendiri.ada jugak kadang kadang barang yang aku nak dieorang kasi.Tapi takkan semua benda aku nak susahkan dieorang kan.Aku bersyukur sangat dikurniakan sepasang mak ayah yang sayangkan aku yang cuba penuhi permintaan aku.Cuma aku nak majukan kehidupan dieorg supaya jadi lebih baik.Aku dah tak sanggup nak tengok hidup dieorang dicaci.Satu hari nanti aku akan pastikan orang terbeliak biji mata tengok kejayaan aku walaupun minggu depan aku dah nak exam tapi satu buku pun tak bukak.Hehe.aku dah berjanji dengan diri aku sendiri.kalau aku dapat bahagiakan dieorg di dunia.Aku nak bahagiakan dieorg di akhirat.

Pada aku setiap kejayaan tak semestinya terletak pada pelajaran.Kau lahir ke dunia ni pun kau dah dikira berjaya.Berapa ramai bayi dalam perut gugur sebelum sampai ke dunia.Jadi takkan kau tak nak teruskan kejayaan kau tu sampai akhir hayat.Walaupun kita bukan dari keluarga yang senang bukan alasan untuk kita jadikan yang kita tak ada modal untuk mulakan business.Bang,kalau ada keinginan kena ada usaha.Asalkan duit tu dari duit yang halal apa masalahnya kan?

Islam pun menggalakan kita berniaga.Supaya kita dapat bantu orang islam lain yang dalam kesusahan.Manusia yang selalu jadi idola aku ialah Vivy yusof.seorang wanita,isteri,ibu dan seorang business woman yang baru berusia 26.Aku tak nafikan sebab dia anak orang berada.So untuk dia mulakan business tu mungkin tak sesusah nak jawab soalan math kot.Tapi macam mana sekalipun di berjaya bergelar business woman pada usia yang sangat muda.

Idola aku yang kedua ialah SM Nasarudin.Dia jugak seorang Ayah,suami dan CEO kepada 3 buah syarikat di usia yang agak muda.Dia jugak lahir dari keluarga yang berada.Tapi sejarah arwah ayah dia dulu sama seperti orang biasa.Tapi disebabkan wujud nya satu keinginan untuk kaya akhirnya dia berjaya tubuhkan syarikat yang sangat besar pengaruhnya dan sekarang diwarisi oleh anaknya.

Mungkin kalau kita cakap dekat orang 'Weh,satu hari nanti aku nak kaya macam orang lain' Aku percaya ada yang akan jawab cam ni 'kau nak kaya tang mana weh? Kau tu bukannya anak orang kaya pun.periksa pun gagal sokmo.Aku tak nampak mana puncanya untuk kau kaya'

Jangan risau.Itu salah satu cabaran untuk kau supaya kau dapat buktikan pada orang tu yang kau boleh.Lakukan sampai dia terkejut beruk tengok kau.Okay? Jadi apa sahaja cita cita kau,usaha lah sebaik mungkin untuk dapatkannya.Tapi apa yang kau inginkan tu biarlah ikut kemampuan kau sendiri.Jangan pulak kau nak jadi doktor tapi pt3 kau banyak F.Tu dah salah.Tak semua kerja tu indah di mata kau.Banyak lagi kerja yang boleh kau buat dalam dunia ni.jangan nampak doktor je.

Ada jugak alasan yang aku dengar 'alaa aku ni orang kampung.Duduk kat kampung.sekolah dekat kampung.ada kawan kawan pun orang kampung.Macam manalah aku nak maju' macam ni.Bila kau ada cita cita.Bila kau nampak apa yang kau nak.automatic kau akan ada imaginasi yang tinggi.Sekampung mana pun kau kalau kau ada imaginasi yang tinggi dan menarik.Orang bandar pun kalah.Jadi jangan putus asa.Teruskan perjuangan.Banyak kan google tentang apa yang kau nak.Jangan fikir nak kahwin je.

Sesuatu kejayaan tidaklah terletak pada straight A's.Tapi ianya terletak pada usaha dan doa serta kesungguhan-Zafirah Zaharin


No comments:

Post a Comment