Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aku harap semua dalam keadaan baik.Sihat dan puasa dengan sihat.Setakat dahaga sikit2 tu adatlah.aku pun rasa.Untuk entry kali ni aku bukan nak luahkan perasaan.Tapi aku cuma nak tulis untuk ingatan aku pada masa depan.Mana tau kalau aku dipanjangkan umur aku nak bukak dan baca balik blog ni.
Kalau pasal bahasa aku yang bercampur campur tu biasa lah.aku menulis ikut mood.Ada masa bahasa melayu.ada masa bahasa inggeris.Jadi tak perlu pertikai.Ni blog aku,undang undang aku yang buat.
Tinggal beberapa minggu saja lagi ramadhan akan pergi tinggalkan kita.Aku harap ini bukan ramadhan yang terakhir aku.Aku nak jumpa dengan ramadhan lagi.sebab ramadhan mengajar aku jadi seorang yang kuat.Seorang yang mampu cukupkan solat 5 waktu yang sebelum ni aku selalu abaikan.Ramadhan jugak yang mengajar aku erti kesabaran.Walaupun pedih untuk aku terima tapi aku bersyukur Tuhan pilih aku untuk ujianNYA.
Untuk ramadhan kali ni aku dan keluarga tak berapa teruja untuk sambut.Salah seorang ahli keluarga aku tak dapat turut serta dengan kami atas sebab yang aku tak boleh bagi tau.Aku selalu doa dalam sujud supaya Allah bagi aku peluang untuk aku puasa dengan abang aku.Tapi tak jugak dimakbulkan.Aku doa lagi supaya tuhan bagi aku raya dengan dia.Pun sama.masih ditolak.Aku buntu.aku serabut.aku tak tau apa aku kena buat.Sebab sepanjang aku hidup tak pernah sekali aku terlepas raya dengan dia.Setiap pagi raya aku akan hantar baju raya dekat dia.kadang kadang gosokkan baju dia.
Tapi untuk tahun ni aku mungkin tak dapat nak buat semua tu.Aku takut ramadhan dan syawal tahun ni adalah yang terakhir untuk aku.Maksudnya tahun lepas adalah tahun terakhir aku sambut dengan dia.Kadang kadang aku terfikir kenapa aku yang tuhan pilih untuk ujian ini.Aku rasa aku terlalu muda untuk hadap semua ni.Atau tuhan nak latih aku supaya jadi manusia yang tabah di awal usia.Entah,aku tak mampu nak ungkap dengan kata kata.Ujian ni terlalu berat untuk aku pikul.
Takkan aku nak menangis setiap hari.Meraung.duduk dalam bilik sampai berhari hari.Menda takkan berubah.Untuk aku lupakan semua ni aku terpaksa pergi sekolah.sebab kat sana memang orang tak tau cerita dan aku pun tak terus fikir menda tu.Terus terang cakap aku tak mampu untuk ujian ni.Terlalu berat.Terlalu sukar.Aku tak kesah kalau tuhan nak ambik harta aku sekalipun tapi tolong jangan kurangkan ahli keluarga aku.aku perlukan dieorang.dieorang penguat aku sampai mati.
Sekarang ni aku cuma tunggu masa untuk Allah makbulkan doa aku.aku pasti dan percaya Allah akan berikan kebahagiaan untuk aku satu hari nanti.dan aku sangat berharap untuk tu.Aku harap dengan ujian ini adalah jalan untuk aku ke syurga dan jadi manusia lebih baik.Dan aku jugak dah nampak hikmah disebalik semua ni.Cuma kadang kadang aku taknak ambik kesah.
Walaupun tuhan uji aku dan keluarga dengan dugaan yang terlalu berat ni aku bersyukur aku masih ada seorang ibu tiri yang sentiasa memahami aku.yang terima baik buruk aku.yang sanggup korban kan apa saja untuk aku.Yang lakukan macam macam untuk aku.dan paling penting sanggup bersusah payah dengan keluarga aku.Andai aku punya kuasa ataupun orang yang disayangi tuhan,aku nak dua orang manusia ni iaitu mak ayah aku masuk syurga.Tolong haramkan neraka untuk dieorang.sebab dieorang terlalu sempurna dan terlalu baik untuk ke neraka.Aku sanggup ke neraka bagi gantikan tempat mereka.Tak pe lah sepanas mana pun neraka biarlah aku sorang.jangan dieorang.andai aku seorang tokey duit dan duit boleh jamin syurga aku akan bayar berapa saja yang tuhan mahu asalkan mak ayah aku tak disiksa.
Tapi sebagai hamba aku tak mampu nak mintak lebih lebih.Aku kene terima ape dah jadi apa yang jadi dan apa yang akan jadi.Cuma satu yang aku mintak.Allah,tolong bagi aku dan keluarga serta kawan kawan aku mati dalam islam supaya kami dapat jumpa balik di akhirat serta dapat syafaat dari nabi kami iaitu Muahamad s.a.w
Terima kasih kepada yang membaca.Mintak maaf atas bahasa yang kurang senang..



No comments:
Post a Comment